Tuesday, September 8, 2009

Atas songkok, bawah lembu

Selepas mengheret kepala lembu ke sana ke mari, sang pengheret
mengakui tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu ini.



Kalau ikut kata Menteri Dalam Negeri, para demonstrator kepala lembu ini okey semua. Beri sokongan terbuka lagi.

Yang peliknya, kalau tak salah kenapa pula Malaysiakini yang bersifat pelapor berita bila memuatkan video demo tersebut di portal mereka ditekan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula atas kesalahan di bawah Seksyen 211/233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.


Tiada pula tindakan diambil atas ugutan bunuh kepada YB Khalid dan ugutan perkosa kepada YB Rodziah yang tersiar ke satu Malaysia semasa majlis dialog antara wakil kerajaan dengan wakil penduduk. Sama-samalah kita nantikan kesudahan pendakwaan para pendemo tersebut.

Kata 1Malaysia.


P/S: Kalau nak difikirkan logik, takkan kita boleh percaya pada idealisme anti perkauman cadangan golongan yang terang-terang pendukung rasisme. Pelik bukan?

Justify Full