Wednesday, July 29, 2009

Memang nasib baik


KUALA TERENGGANU, July 29 (Bernama) -- A historic mansion which houses the Malaysian History Association Terengganu branch's office is being restored by the National Heritage Department.
National Heritage Department principal assistant director Mat Nasir Baba said the two-storey `Rumah Limas Bungkus' which was almost 100 years old was once owned by a Terengganu royalty, Tengku Teh Dungun. He said Tengku Teh was the wife of Tengku Seri Bijaya Raja Tengku Chik Ahmad Abdul Rahman, who was then T
erengganu religious affairs commissioner from 1924 to 1929. The building became the Kuala Terengganu Municipal Council office from 1946 to 1979, he told reporters after visiting the mansion here Wednesday. Mat Nasir said after Tengku Teh died, her son, Tengku Abdul Rahman sold the stately home to Tengku Bijaya Wangsa Tengku Hitam Ali, who was then Terengganu heritage and education chief. He said Terengganu Islamic Affairs Office had also used the building as its office from 1937 to 1938. The 6,000 sq feet (557.4 sq metres) mansion is made of concrete lime while the wooden doors and windows and concrete staircase handrails were decorated with engraved motifs, he added. "The building will be handed to the Malaysian History Association Terengganu's branch once the restoration work is completed next month," he said. The mansion, which has three wings, also houses the Terengganu Literary Association (Pelita).

Hati kecil aku sedikit lega dan bersyukur kerana bangunan bersejarah ini bukan terletak dibawah pemilikan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Sedikit sebanyak terdetik juga pikiran nakal aku, sekiranya bangunan yang kerap kali mencuit perhatian aku tiap kali melepak di studio A//Mince dulu ini adalah milik LTAWNT, sudah pasti akan menerima nasib yang sama seperti bangunan-bangunan di Jalan Bandar berhampiran Pasar Kedai Payang.


Menara Jam Besar itu sudah tiada. Bangunan di sebelah kiri itu pun sudah lenyap bergantikan bangunan tempat letak kereta Pasar Kedai Payang MBKT. Kini bangunan di sebelah kanan yang sekarang menempatkan Kedai Buku Alam Akademik dan sebagainya pula bakal dilenyapkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di sinilah para peniaga di Terengganu ini bermula kira-kira lebih seratus tahun dahulu.

Dalam satu notis bertarikh 13 Julai, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) dengan sukacitanya menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi “pembangunan kompleks Paya Keladi”. Keluar dalam 30 hari. Meranapkan bangunan bersejarah adalah satu isu. Memaksa para peniaga mencari tapak lain dan memindahkan barangan masing-masing dalam masa 3 minggu ( kerana notis ditaip pada 13 Julai, dicetak hari keesokkannya. Tandatangan memerlukan 2,3 hari. Memasukkan notis kedalam sampul memerlukan satu hari lagi. Notis diserahkan kepada penghantar cepat hari yang lain pula. Para peniaga menerima notis pada 19 Julai) adalah satu isu lain.

Aku sangkakan "Where nature embraces heritages" benar-benar bermaksudkan sesuatu.

Nampaknya aku kene tipu lagi.

Untuk rujukan lain, sila ke sini.



Lu Pikir Lu Hebat?

Rasa-rasanyalah, berapa nilainya harga nyawa kita?

Ini cerita tahun lepas,


MARANG 12 April (Utusan Malaysia) - Seluruh bumbung bangunan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai dekat sini, yang kos pembinaan keseluruhan berharga RM2 juta runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kekuda kayu yang menyokong bumbung bangunan yang siap dan digunakan akhir tahun 2005 itu tidak mampu bertahan menyebabkan keseluruhan bumbung runtuh.

Ini cerita bulan lepas,



KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini. Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.

Ini pun cerita bulan lepas,

KUALA TERENGGANU 4 Jun (Utusan Malaysia) – Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di sini telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu. Masalah itu didedahkan oleh para peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera.

Ini pula yang terbaru,


KUALA TERENGGANU, 29 Julai (Berita Harian) : Selepas sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dan Pusat Akuatik di sini ditutup, masalah siling tanggal di beberapa bahagian Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri ini yang baru hampir setahun digunakan.

Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.

Katanya, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.


Sekolah Menengah Wakaf Tapai belum mendapat cf. Stadium Sultan Mizan juga belum mendapat cf. Kolam Renang? Kompleks Lapangan Terbang? Tak payah susah-susah siasat.

Menatang apa CF? Bukan, CF bukan sejenis sayur. Jauh sekali sejenis katak.

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.

CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :

Syarat 1

Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.


Syarat 2

Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan

Syarat 3

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.


Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

(Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Bayangkan sekiranya bumbung Sekolan Menengah Wakaf Tapai runtuh semasa perhimpunan pagi, ketika para pelajar sedang kusyuk menyanyikan lagu Negaraku. Bayangkan sekiranya bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh ketika upacara pembukaan Sukma.

Maaf. Tak semahal mana nyawa kita di mata pihak-pihak tertentu.

Orang putih ada berkata “ failing to plan, is planning to fail “.

Pelan ada. Tapi kenapa runtuh?

Jika disiasat, mana hasil siasatannya? Apa rumusannya? Apa iktibarnya? Apa penguatkuasaannya?

Ini bukan mempolitikan isu. Maaf, tapi aku bukan ahli mana-mana parti. Aku bukan calon bebas yang mempunyai berkotak-kotak rahsia pemimpin.

Aku cuma rakyat biasa yang mana tahu suatu hari mungkin menghantar anak untuk bersekolah di Sekolah Menengah Wakaf Tapai. Aku cuma rakyat biasa yang sering kali berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Malaysia. Aku cuma rakyat biasa yang pada hari panas terik, mungkin terjun berenang di Pusat Akuatik MBKT. Aku cuma rakyat biasa yang mungkin agak bertuah untuk mendapat tiket harga murah AirAsia.

Salahkah jika aku, rakyat biasa, menuntut pihak bertanggungjawab, untuk bertanggungjawab?

Mungkin nyawa kita cuma mahal semasa pilihanraya.


Monday, July 27, 2009

Kelab Jiwe Luke?

Dari Kiri: Eezmo, Ujay, Shabri Mince 4 a.m dan Matyie LipasLiterasi




Saturday, July 25, 2009



Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.


Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.

Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam).

So hantorkan coretan anda ke.