Tuesday, September 8, 2009

Atas songkok, bawah lembu

Selepas mengheret kepala lembu ke sana ke mari, sang pengheret
mengakui tidak tahu dari mana datangnya kepala lembu ini.



Kalau ikut kata Menteri Dalam Negeri, para demonstrator kepala lembu ini okey semua. Beri sokongan terbuka lagi.

Yang peliknya, kalau tak salah kenapa pula Malaysiakini yang bersifat pelapor berita bila memuatkan video demo tersebut di portal mereka ditekan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula atas kesalahan di bawah Seksyen 211/233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.


Tiada pula tindakan diambil atas ugutan bunuh kepada YB Khalid dan ugutan perkosa kepada YB Rodziah yang tersiar ke satu Malaysia semasa majlis dialog antara wakil kerajaan dengan wakil penduduk. Sama-samalah kita nantikan kesudahan pendakwaan para pendemo tersebut.

Kata 1Malaysia.


P/S: Kalau nak difikirkan logik, takkan kita boleh percaya pada idealisme anti perkauman cadangan golongan yang terang-terang pendukung rasisme. Pelik bukan?

Justify Full

Saturday, August 15, 2009

Kenduri Awal Musim


Gatal ! Habis tangan naik bitik (butir-butir halus). Sunburn kut. Jangan lupa pakai sunblock bila bercuti ke pulau. Minggu lepas berkesempatan bercuti ke Pulau Redang. Ceritanya next time okey. Eheh. Planning nak buat tour guide articles untuk ke Pulau Redang. Cume perlu mencari masa yang terluang untuk menulis. Ye lah, sekarang banyak habiskan masa kat akuarium dan ikan-ikan.
Tamboh se agi akuarium lening. Eheh.


Ada yang meminati bolasepak Terengganu ?. Jika ada, berkunjunglah ke www.ganusoccer.net untuk info-info, gossip, sembang-sembang pasal pasukan Terengganu. Aktifkan dirimu. Hehe.

Semalam berjaga semata-mata nok tengok Everton vs Arsenal. Complete thrashing 1- 6 Hehe. Berbaloi menunggu. Harap bley kekalkan persembahan majestic gitu throughout the season.

Review untuk game tu :


Job well done.

Wasenye tadok orang predict langsung keputusan hok sebesor ning untuk opening game. Main di goodison park pulok hok lame doh menjadi kubu kebal Everton. Wase memang ghama hok predict Everton akan menang. Paling koman pung seri. Ye ah, top 4 contender je kang. Prediction pung buh tempat ke-6 je.

Tengok pada game, memang arsenal deserve menang pun. Formasi baru AW 4-3-3 untuk game semalam memang menjadi. Back four walaupun kadang-kadang napok masaloh season lepas still ade, tetap napok kukuh jugok la walau tadok Toure. Penampilan pertame Vermalaen bley kate bagus. Bley skor pulok tu. masaloh utama defence hok napok semalam aerial challenge ah. tamboh plok denilson nge song plok kecik. Vulnerable la orang kate kalu defending dead ball situations. Ferlaini pung hampir-hampir capitalise dari corner. Mujur denilson clears dari atah line.

Resipi tengoh AW semalam bagi aku memang menjadi ah. Song nge Denilson kacip molek. Ramai penganalisis kate kelebihan pade Song adalah kekurangan pade Denilson. Kelebihan Denilson pulok kekurangan Song. Bile partner di tengoh tu saling melengkapi ah orang kate. Harapnye, performance bley maintain ah throughout the season. Fabregas plok nok kate ape. 2 assist dan 2 gol. Jawapan paling sempurna ah buat kelab luor hok cube merisik khabor ho. Offer letter wase kalu setakat 30M dok cukup lagi. Ramsey pung mule start tunjuk potential doh. Bile rosicky nge nasri pulih kekgi, lagi banyok option untuk AW. Kalu rumours Vieira jadi pung molek gok. Bley ah Song dan Denilson berguru. Arituh Gilberto Silva dok dang nok ajor abih. Eheh.

Gandingan depan plok napok dok full throttle ag. Letih game international lagi kut. Dokpung simpan tenage nok jupe Celtic kekgi. Gitu pung, cukup doh nok mengkucar-kacir bek everton. ball control yang cukup fun nok tengok. Eduardo berjaye menunjukkan bise lepas lame rest. Lepas injured hok teruk gitu dan rest lame, dok ghama player hok mampu sustain kekuatan mental. Welkam back Eduardo. 2,3 competitive league game aku wase balik ke prestasi asal ah. Bile Adebayor tadok, persaingan nok rebut position tu semakin terbuke. Pakak berebut la. Aku still nge opinion striker baru rasenye dok diperlukan. Cadangnye nok kelih kelibat vela gok barang 10-20 minit. Dok tercapai jugok. eheh. Next time ah. Strike force arsenal sume cukup berpengalaman dan bertaraf pemain international. Cume harap insiden tragis macam Eduardo tu dok berulang ah.

All around, season's opening Arsenal cukup bagus doh. Season lepas, di goodison park, seri 1 - 1. Season ning 1 - 6. Aku sense improvement doh tu. Gol Denilson lawo. Hasil daripada gerakan tipikal Arsenal plok tu. Gol-gol Vermalaen nge Gallas plok menceriakan jugok. Menggugat jugok la set piece Arsenal. Arapnye perjalanan dalam ECL pung bermula cemerlang jugok lah.

Title challenge? Awal lagi.
6th place prediction? the battle is on.

p/s: rekod baru everton. The heaviest premiere league home defeat. Dulu 4 - 1 juga di tangan Arsenal.

Tuesday, August 11, 2009

Owhh.. patutlah !


Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

KUANTAN ( BERITA HARIAN ): Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).

Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.

Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.

"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.

Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.

Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.

"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.



Patutlah PM kita baru nak pergi berjumpa Menteri Kesihatan nak bincang pasal H1N1. Dah ada VIP yang terjangkit. Agaknya kalau tak?



Najib To Discuss Drastic Measures To Contain H1N1

KUALA LUMPUR, Aug 9 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will discuss with Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai tomorrow on measures to be taken to contain the spread of Influenza A(H1N1).

Najib said he would obtain the views of the Health Ministry before taking any action.

"The ministry has a task force to deal with this. We will decide after the meeting," he told reporters after opening the Ampang Umno delegates' meeting today.

Expressing concern over the matter, Najib said, drastic measures, including cancelling meetings and gatherings, would be taken if this could help contain the disease.

"The problem is, we still need to gather... we need to hold meetings, and there are meetings by Umno and other parties; we also need to organise activities with the people.

"But if there is a need to take drastic actions, then we should go ahead with it. We cannot let this to go on," he said.

Eight more people died of the disease today, bringing the death toll to 26.

There are 202 new cases detected overnight, all of which are local transmissions.

Meanwhile, asked on the reported shooting of terror suspect Noordin Mohammad Top by Indonesian police yesterday, Najib said he was waiting for confirmation on the matter.

Noordin, who was blamed for a series of bombing incidents in Indonesia including on the J.W. Marriott and Ritz Carlton hotels in Jakarta last month, was reportedly shot dead during a shootout with Indonesian police in Central Java.

The Indonesian authorities were carrying out DNA tests on the body.

Najib said he did not want to conclude anything before the DNA test was completed.

-- BERNAMA

Monday, August 10, 2009

Kalu aku kate bodo, mung maroh...

Foto dicuri dari mStar Online

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai. Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut. ( Malaysiakini, 10 Ogos 2009 )


Aku kate dalam bahase ganung,

Menteri-menteri aku, mung, awok tu dan kite belake duk sibuk baloh pasal name mende nok wi ke selseme ning. Kalu aku kate bodo kang maroh.


Aku kata dalam bahasa standard,

Menteri-menteri aku, kamu, mereka dan kita semua
sedang sibuk berbalah tentang nama apa yang perlu diberikan pada selsema ini. Kalau aku kata bodoh, nanti marah.



Apa itu H1N1?


'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein


Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah berevolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka hayat virus


Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.


Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dari virus tersebut.


Apa yang perlu anda tahu ?


Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.



Cara serangan


Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.



Siapa yang berisiko


  1. orang yang ada masalah 'obesiti' atau gemuk.

  1. perempuan yang mengandung

  1. orang yang ada penyakit asma

  1. orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yang besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


Simptom-simptom


Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( suhu badan tidak turun walaupun telah makan

ubat demam)

Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Hari 4 - sakit dada yang teruk.

Hari 5 and above - lung collapse @ koma



Langkah-langkah kawalan


  1. golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)

  1. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

  1. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

  1. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  2. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

  1. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

  1. jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

  1. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

  1. tak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin atau ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

  1. vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

  1. untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

  1. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


( sumber : taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009 )

Tuesday, August 4, 2009

Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran



Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran berkata,

Kita perlukan masa untuk membentuk kurikulum baru bagi kembali kepada dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kerana kita perlu memasukkan perkembangan terbaru dan menambah kembali sukatan matapelajaran sains dan metamatik yang terpaksa disisihkan semasa dasar PPSMI dahulu yang dibuat untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Aku kata,

Kasihan.

Dahulu, dengan duit RM 1 boleh beli 3 ketul karipap. Rupanya, semasa PPSMI, dengan duit RM 2 hanya mampu membeli 2 ketul karipap. Inilah apa yang orang tua gurindamkan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Bahasa Inggeris tak meningkat. Sains dan Metamatik pula ketinggalan.


Dalam tergesa-gesa melancarkan perlaksanaan dasar PPSMI, sukatan pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid adalah kurang daripada sukatan yang digunakan ketika sebelum era PPSMI.


Aku tak faham apa sebenarnya yang ingin dicapai tapi aku merayakan pengakhiran dasar itu.


Hentikanlah dasar menjadikan murid-murid dan guru-guru kita tikus makmal.


Dan kepada pihak yang itu, janganlah berlagak menjadi sapi. Aku tahu, mereka tahu dan kamu pun tahu. Semua orang tahu. Tak tahu malu ke?


Bacaan lanjut di sini dan di sini.


Monday, August 3, 2009

Komuniti Anda Perlukan Anda !




Jika anda di sekitar Kemaman atau Dungun dan tidak ada aktiviti lain yang lebih bermanfaat daripada menonton kotak bodoh berwarna-warni (Baca: Televisyen), apa kata anda menyertai aktiviti "Berikan Cinta Pada Sesama" anjuran Human First Collective ini. Jika anda mempunyai barangan atau sumbangan yang boleh disumbangkan lagi bagus.
Daripada barang-barang yang tidak terpakai itu terperuk di bawah rumah, di dalam stor atau di bawah katil, bukankah lebih baik dijadikan sumbangan buat mereka yang memerlukan.

" Take back our street ".

Komuniti anda memerlukan anda.

Buat rakan-rakan di Human First Collective, aku doakan agar event anda berjaya. Semoga boleh dijadikan motivasi untuk terus berkolektif.

p/s : Teringat pada Community Coalition di Kuala Terengganu.




Sunday, August 2, 2009

Siapakah Adun Terengganu yang ditangkap?


BERNAMA melaporkan,


SPRM Tahan Adun Terengganu Kerana Disyaki Terima Rasuah

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Ahad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Adun berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, Adun berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.


(Sumber :
Bernama, 2 Ogos 2009)

Sekadar Gambar Hiasan


Wikipedia kata,


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah

* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.



Aku pula berkata,

Seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.

Dan ini merupakan satu manifestasi kewujudan satu sistem yang adil dan bermoral.Satu sistem yang boleh kita gantungkan harapan.

Hak untuk mendapat perbicaraan yang adil. Hak untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam pilihan sendiri. Hak untuk mendapatkan pembelaan. Dan semua yang termaktub di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Anda bersetuju?


Jadi tolong cadangkan pada aku, apa yang patut kita buat dengan I.S.A?


Saturday, August 1, 2009

Sihatkah dikau disana?

Tak sabar nak balik rumah tengok ikan.
Lagi tenang dari membaca komen-komen tak masuk akal dari orang-orang yang bergelar menteri.
Lagi tenang dari mendengar kipasan pak pacak yang menanti peluang untuk menonjolkan diri. Kipasan dialah yang paling laju. Yang paling ampuh. Yang paling selesa.

Apa yang kita dapat cuma gema. Berulang-ulang.

Aku tak sabar nak balik rumah tengok ikan.


Wednesday, July 29, 2009

Memang nasib baik


KUALA TERENGGANU, July 29 (Bernama) -- A historic mansion which houses the Malaysian History Association Terengganu branch's office is being restored by the National Heritage Department.
National Heritage Department principal assistant director Mat Nasir Baba said the two-storey `Rumah Limas Bungkus' which was almost 100 years old was once owned by a Terengganu royalty, Tengku Teh Dungun. He said Tengku Teh was the wife of Tengku Seri Bijaya Raja Tengku Chik Ahmad Abdul Rahman, who was then T
erengganu religious affairs commissioner from 1924 to 1929. The building became the Kuala Terengganu Municipal Council office from 1946 to 1979, he told reporters after visiting the mansion here Wednesday. Mat Nasir said after Tengku Teh died, her son, Tengku Abdul Rahman sold the stately home to Tengku Bijaya Wangsa Tengku Hitam Ali, who was then Terengganu heritage and education chief. He said Terengganu Islamic Affairs Office had also used the building as its office from 1937 to 1938. The 6,000 sq feet (557.4 sq metres) mansion is made of concrete lime while the wooden doors and windows and concrete staircase handrails were decorated with engraved motifs, he added. "The building will be handed to the Malaysian History Association Terengganu's branch once the restoration work is completed next month," he said. The mansion, which has three wings, also houses the Terengganu Literary Association (Pelita).

Hati kecil aku sedikit lega dan bersyukur kerana bangunan bersejarah ini bukan terletak dibawah pemilikan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT). Sedikit sebanyak terdetik juga pikiran nakal aku, sekiranya bangunan yang kerap kali mencuit perhatian aku tiap kali melepak di studio A//Mince dulu ini adalah milik LTAWNT, sudah pasti akan menerima nasib yang sama seperti bangunan-bangunan di Jalan Bandar berhampiran Pasar Kedai Payang.


Menara Jam Besar itu sudah tiada. Bangunan di sebelah kiri itu pun sudah lenyap bergantikan bangunan tempat letak kereta Pasar Kedai Payang MBKT. Kini bangunan di sebelah kanan yang sekarang menempatkan Kedai Buku Alam Akademik dan sebagainya pula bakal dilenyapkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di sinilah para peniaga di Terengganu ini bermula kira-kira lebih seratus tahun dahulu.

Dalam satu notis bertarikh 13 Julai, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terenggganu (LTAWNT) dengan sukacitanya menghalau para peniaga di deretan kedai Jalan Bandar/Kg. Cina dan sebahagian Jalan Banggol/Paya Keladi untuk meruntuhkan bangunan yang bersejarah demi “pembangunan kompleks Paya Keladi”. Keluar dalam 30 hari. Meranapkan bangunan bersejarah adalah satu isu. Memaksa para peniaga mencari tapak lain dan memindahkan barangan masing-masing dalam masa 3 minggu ( kerana notis ditaip pada 13 Julai, dicetak hari keesokkannya. Tandatangan memerlukan 2,3 hari. Memasukkan notis kedalam sampul memerlukan satu hari lagi. Notis diserahkan kepada penghantar cepat hari yang lain pula. Para peniaga menerima notis pada 19 Julai) adalah satu isu lain.

Aku sangkakan "Where nature embraces heritages" benar-benar bermaksudkan sesuatu.

Nampaknya aku kene tipu lagi.

Untuk rujukan lain, sila ke sini.



Lu Pikir Lu Hebat?

Rasa-rasanyalah, berapa nilainya harga nyawa kita?

Ini cerita tahun lepas,


MARANG 12 April (Utusan Malaysia) - Seluruh bumbung bangunan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai dekat sini, yang kos pembinaan keseluruhan berharga RM2 juta runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kekuda kayu yang menyokong bumbung bangunan yang siap dan digunakan akhir tahun 2005 itu tidak mampu bertahan menyebabkan keseluruhan bumbung runtuh.

Ini cerita bulan lepas,



KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini. Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.

Ini pun cerita bulan lepas,

KUALA TERENGGANU 4 Jun (Utusan Malaysia) – Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di sini telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu. Masalah itu didedahkan oleh para peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera.

Ini pula yang terbaru,


KUALA TERENGGANU, 29 Julai (Berita Harian) : Selepas sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dan Pusat Akuatik di sini ditutup, masalah siling tanggal di beberapa bahagian Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri ini yang baru hampir setahun digunakan.

Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.

Katanya, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.


Sekolah Menengah Wakaf Tapai belum mendapat cf. Stadium Sultan Mizan juga belum mendapat cf. Kolam Renang? Kompleks Lapangan Terbang? Tak payah susah-susah siasat.

Menatang apa CF? Bukan, CF bukan sejenis sayur. Jauh sekali sejenis katak.

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.

CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :

Syarat 1

Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.


Syarat 2

Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan

Syarat 3

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.


Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

(Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Bayangkan sekiranya bumbung Sekolan Menengah Wakaf Tapai runtuh semasa perhimpunan pagi, ketika para pelajar sedang kusyuk menyanyikan lagu Negaraku. Bayangkan sekiranya bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh ketika upacara pembukaan Sukma.

Maaf. Tak semahal mana nyawa kita di mata pihak-pihak tertentu.

Orang putih ada berkata “ failing to plan, is planning to fail “.

Pelan ada. Tapi kenapa runtuh?

Jika disiasat, mana hasil siasatannya? Apa rumusannya? Apa iktibarnya? Apa penguatkuasaannya?

Ini bukan mempolitikan isu. Maaf, tapi aku bukan ahli mana-mana parti. Aku bukan calon bebas yang mempunyai berkotak-kotak rahsia pemimpin.

Aku cuma rakyat biasa yang mana tahu suatu hari mungkin menghantar anak untuk bersekolah di Sekolah Menengah Wakaf Tapai. Aku cuma rakyat biasa yang sering kali berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menonton perlawanan bolasepak Liga Malaysia. Aku cuma rakyat biasa yang pada hari panas terik, mungkin terjun berenang di Pusat Akuatik MBKT. Aku cuma rakyat biasa yang mungkin agak bertuah untuk mendapat tiket harga murah AirAsia.

Salahkah jika aku, rakyat biasa, menuntut pihak bertanggungjawab, untuk bertanggungjawab?

Mungkin nyawa kita cuma mahal semasa pilihanraya.


Monday, July 27, 2009

Kelab Jiwe Luke?

Dari Kiri: Eezmo, Ujay, Shabri Mince 4 a.m dan Matyie LipasLiterasi




Saturday, July 25, 2009



Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.


Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.

Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam).

So hantorkan coretan anda ke.