Sunday, August 2, 2009

Siapakah Adun Terengganu yang ditangkap?


BERNAMA melaporkan,


SPRM Tahan Adun Terengganu Kerana Disyaki Terima Rasuah

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Ahad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Adun berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, Adun berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.


(Sumber :
Bernama, 2 Ogos 2009)

Sekadar Gambar Hiasan


Wikipedia kata,


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah

* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.



Aku pula berkata,

Seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.

Dan ini merupakan satu manifestasi kewujudan satu sistem yang adil dan bermoral.Satu sistem yang boleh kita gantungkan harapan.

Hak untuk mendapat perbicaraan yang adil. Hak untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam pilihan sendiri. Hak untuk mendapatkan pembelaan. Dan semua yang termaktub di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Anda bersetuju?


Jadi tolong cadangkan pada aku, apa yang patut kita buat dengan I.S.A?


1 comment:

  1. manifestasi tu org gantung kt pintu rumah sebelum kluor rmh. sbb tu terjadi sebagaimana sekarang.
    Sape adun tu? roslan awang chik ke pok rosli? eh, pok rosli bkn adun. hmmm...

    ReplyDelete