Tuesday, August 4, 2009

Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran



Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran berkata,

Kita perlukan masa untuk membentuk kurikulum baru bagi kembali kepada dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kerana kita perlu memasukkan perkembangan terbaru dan menambah kembali sukatan matapelajaran sains dan metamatik yang terpaksa disisihkan semasa dasar PPSMI dahulu yang dibuat untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

Aku kata,

Kasihan.

Dahulu, dengan duit RM 1 boleh beli 3 ketul karipap. Rupanya, semasa PPSMI, dengan duit RM 2 hanya mampu membeli 2 ketul karipap. Inilah apa yang orang tua gurindamkan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Bahasa Inggeris tak meningkat. Sains dan Metamatik pula ketinggalan.


Dalam tergesa-gesa melancarkan perlaksanaan dasar PPSMI, sukatan pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid adalah kurang daripada sukatan yang digunakan ketika sebelum era PPSMI.


Aku tak faham apa sebenarnya yang ingin dicapai tapi aku merayakan pengakhiran dasar itu.


Hentikanlah dasar menjadikan murid-murid dan guru-guru kita tikus makmal.


Dan kepada pihak yang itu, janganlah berlagak menjadi sapi. Aku tahu, mereka tahu dan kamu pun tahu. Semua orang tahu. Tak tahu malu ke?


Bacaan lanjut di sini dan di sini.


No comments:

Post a Comment