
Jika anda di sekitar Kemaman atau Dungun dan tidak ada aktiviti lain yang lebih bermanfaat daripada menonton kotak bodoh berwarna-warni (Baca: Televisyen), apa kata anda menyertai aktiviti "Berikan Cinta Pada Sesama" anjuran Human First Collective ini. Jika anda mempunyai barangan atau sumbangan yang boleh disumbangkan lagi bagus. Daripada barang-barang yang tidak terpakai itu terperuk di bawah rumah, di dalam stor atau di bawah katil, bukankah lebih baik dijadikan sumbangan buat mereka yang memerlukan.
" Take back our street ".
Komuniti anda memerlukan anda.
Komuniti anda memerlukan anda.
Buat rakan-rakan di Human First Collective, aku doakan agar event anda berjaya. Semoga boleh dijadikan motivasi untuk terus berkolektif.
p/s : Teringat pada Community Coalition di Kuala Terengganu.
wOw.bagus2.ini kerja bagus. sihat2 dan tetap semangat!
ReplyDelete