Monday, August 3, 2009

Komuniti Anda Perlukan Anda !




Jika anda di sekitar Kemaman atau Dungun dan tidak ada aktiviti lain yang lebih bermanfaat daripada menonton kotak bodoh berwarna-warni (Baca: Televisyen), apa kata anda menyertai aktiviti "Berikan Cinta Pada Sesama" anjuran Human First Collective ini. Jika anda mempunyai barangan atau sumbangan yang boleh disumbangkan lagi bagus.
Daripada barang-barang yang tidak terpakai itu terperuk di bawah rumah, di dalam stor atau di bawah katil, bukankah lebih baik dijadikan sumbangan buat mereka yang memerlukan.

" Take back our street ".

Komuniti anda memerlukan anda.

Buat rakan-rakan di Human First Collective, aku doakan agar event anda berjaya. Semoga boleh dijadikan motivasi untuk terus berkolektif.

p/s : Teringat pada Community Coalition di Kuala Terengganu.




1 comment: