Monday, August 10, 2009

Kalu aku kate bodo, mung maroh...

Foto dicuri dari mStar Online

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai. Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut. ( Malaysiakini, 10 Ogos 2009 )


Aku kate dalam bahase ganung,

Menteri-menteri aku, mung, awok tu dan kite belake duk sibuk baloh pasal name mende nok wi ke selseme ning. Kalu aku kate bodo kang maroh.


Aku kata dalam bahasa standard,

Menteri-menteri aku, kamu, mereka dan kita semua
sedang sibuk berbalah tentang nama apa yang perlu diberikan pada selsema ini. Kalau aku kata bodoh, nanti marah.



Apa itu H1N1?


'H' bermaksud Hemagglutinin protein

'N' bermaksud Neuraminidase protein


Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah berevolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka hayat virus


Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.


Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dari virus tersebut.


Apa yang perlu anda tahu ?


Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.



Cara serangan


Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.



Siapa yang berisiko


  1. orang yang ada masalah 'obesiti' atau gemuk.

  1. perempuan yang mengandung

  1. orang yang ada penyakit asma

  1. orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yang besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


Simptom-simptom


Hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

Hari 2 - selsema, batuk dan demam yang kekal ( suhu badan tidak turun walaupun telah makan

ubat demam)

Hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Hari 4 - sakit dada yang teruk.

Hari 5 and above - lung collapse @ koma



Langkah-langkah kawalan


  1. golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)

  1. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

  1. elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

  1. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  2. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

  1. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

  1. jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

  1. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

  1. tak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin atau ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

  1. vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

  1. untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

  1. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


( sumber : taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009 )

2 comments:

  1. sangat berguna..terima kaseh..kwn tpt keje aku pon kene doh sorg..harap2 sembuh..

    ReplyDelete